News

Search our Site

Read more about us and our adventures from these newsfeed and articles

Gunakan aplikasi EARs sebaik mengenalpasti diri anda dalam bahaya.

Benar kata orang malang tidak berbau. Dua situasi yang diketengahkan mencerminkan keadaan jenayah dan kemalangan yang boleh berlaku pada bila-bila masa.

Statistik menunjukkan sebanyak 1,088 kemalangan kenderaan dan 10 kes rogol dilaporkan berlaku setiap hari di negara ini.
Ia menunjukkan kadar jenayah dan situasi kecemasan semakin meningkat.
Justeru, semua pihak perlu lebih berhati-hati dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya wanita.

Mereka perlu sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan situasi kecemasan. Bak kata pepatah, malang tidak berbau. Ia boleh terjadi pada bila-bila masa dan di mana-mana saja.

Jika dalam situasi kecemasan atau terdapat cubaan merogol dan sebagainya apa yang boleh dilakukan oleh kaum wanita terutamanya untuk menyelamatkan diri? Adakah cukup sekadar berlari sambil menjerit minta tolong?

Bagaimana pula jika kemalangan kenderaan? Bagaimana mahu memastikan pertolongan boleh diperolehi dengan segera?
Mungkin persoalan ini dapat dijawab sekiranya kita ada pengawal peribadi atau bodyguard yang sentiasa berada di sisi bagi memantau keselamatan kita.

Tetapi dalam dunia yang serba moden dan canggih ini pelbagai kemungkinan boleh diperoleh dalam menjaga keselamatan diri.

Yang penting setiap individu itu perlu mempersiapkan diri bagi berhadapan dengan situasi bahaya dan cemas.

Mungkin ilmu seni mempertahankan diri mampu menjadi pelindung apabila diserang atau membawa peralatan seperti semburan lada dan belantan.
Tetapi dengan perkembangan teknologi kini gajet yang kecil juga mampu menjadi bodyguard yang berkesan kepada golongan wanita.

Itu peranan yang ditawarkan oleh EARs (Emergency Assistance & Response Services).

Penggunanya hanya perlu membawa satu gajet khas dan apabila berada dalam situasi cemas atau bahawa mereka hanya perlu menekan butang amaran atau panik di telefon masing-masing.

Sebaik butang itu ditekan bantuan akan dihantar serta-merta.
EARs merupakan perkhidmatan keselamatan peribadi dan bantuan automotif seluruh negara yang sentiasa bersedia untuk membantu mereka yang tersesat, terkandas atau memerlukan pertolongan kecemasan peribadi atau automotif.

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengarah bagi EARs, Edwin Ong, 28, pakej EARsalert2 membolehkan pengguna mendapatkan bantuan dengan sentuhan butang sahaja.

Teknologi itu telah dibangunkan sejak tahun 2009 dan versi yang diperbaharui telah dikemas kini untuk memenuhi pelbagai keperluan termasuk sistem amaran automatik lima saat.

”Aplikasi ini kini boleh didapati di iTunes untuk dimuat turun ke iPhone secara percuma. Sesiapa sahaja boleh mencubanya dalam mode demo atau menggunakannya dengan keahlian percubaan EARs percuma 30 hari,” jelasnya.

Melalui EARS, apabila seseorang itu merasakan dirinya berhadapan dengan jenayah, terlibat dengan kemalangan, kesakitan, tersesat dan sebagainya, mereka hanya perlu menekan butang panik pada telefon bimbit.
Sebaik butang itu ditekan ia akan menghantar isyarat kecemasan berserta lokasi penggunanya ke pusat panggilan.

Pusat panggilan pula akan segera menghantar isyarat meminta pertolongan atau bantuan kecemasan melalui khidmat pesanan ringkat (SMS) kepada lima orang rakan atau ahli keluarga yang berada paling hampir dengan individu yang menghadapi masalah berkenaan.

SMS itu akan memberitahu lima rakan atau ahli keluarga terbabit bahawa individu itu berada dalam keadaan bahaya dan memerlukan pertolongan dalam tempoh lima saat sahaja.

Mereka yang paling hampir dengan individu berada dalam bahaya itu akan bergegas ke lokasi yang diberitahu untuk membantu.
”Ini adalah antara proses perkhidmatan keselamatan yang diberikan oleh EARs. Ia lebih mudah kerana dengan hanya satu sentuhan, bantuan dapat dihulurkan.

”Sudah pastinya seseorang individu itu berada dalam keadaan panik untuk menghantar SMS atau menekan nombor ahli keluarga mereka dan bercakap dengan mereka dalam keadaan minda yang tertekan, terkejut, keliru, tercedera atau ketika dihantui perasaan takut dan ini adalah satu perkara yang paling mudah untuk mereka lakukan.

”Ada juga yang boleh bercakap dengan ahli keluarga mereka ketika berlakunya kemalangan namun tidak tahu arah lokasi mereka berada. Juga menggelabah kerana terpaksa menghubungi pelbagai pihak yang berlainan untuk mendapat pertolongan seperti ahli keluarga dan kawan-kawan, perkhidmatan automotif, penundaan kereta dan lain-lain lagi,” kata Edwin ketika ditemui, baru-baru ini.

Apapun nasihatnya, dalam penggunaan teknologi aplikasi terbaru ini, telefon mesti ada dalam tangan dan dalam keadaan berfungsi bagi memudahkan individu menekan butang amaran panic sekiranya berlaku sebarang keadaan tidak diingini.

”Justeru, sekiranya kalau anda rasa kesakitan, anda tekan butang telefon ini dahulu untuk memudahkan pertolongan dihantar kepada anda, sebelum anda jatuh pengsan,” kata Edwin sedikit berseloroh.
Jelasnya tidak perlu tunggu sehingga situasi yang terdesak baru meminta bantuan, jika individu itu terasa syak atau was-was dengan keadaan diri terhadap sebarang bentuk jenayah yang pada fikirannya akan berlaku, tekan sahaja butang panik dan bantuan akan dihantar.

Ditanya mengapa panggilan kecemasan itu tidak terus ke polis, dia menjelaskan panggilan panik itu perlu disaring kerana ada di pelanggan yang menekan butang amaran walaupun dalam keadaan was-was.

Come Visit Us

Today Netrove has partners and offices in China, Hong Kong and Malaysia.

Guangzhou

408, Ruida Building, No. 39 Huangpu Avenue (West) Guangzhou, 510620 China
Hong Kong

701, 7/F, Tower 2, Silvercord, 30 Canton Road,Tsim Sha Tsui, Kowloon, Hong Kong
Kuala Lumpur

B-3A-07, Plaza Mont’ Kiara, No. 2, Jalan Kiara, Mont’ Kiara 50480, Kuala Lumpur, Malaysia
Contact Us  If you have a business plan or project idea that you want to discuss with us, or are interested in investing in or through us, you may contact us at:-
Email Us    Call Us


istanbul evden eve nakliyat Nakliyat firmaları istanbul ofis taşıma Depolama Ev taşıma buy instagram followers uk Evden eve nakliyat Türkiye'den Almanya'ya evden eve nakliyat Almanya'ya ev taşıma fiyatları Gebze Evden eve nakliyat buy instagram followers pornhub pornohub porn hub porno hub pornhup
Sweetie Fox baise et suce la bite de son tuteur najlepsze lizanie cipki filmy porno z lizanie mokrej pochwy