新闻

Search our Site

我们的新闻

从这些新闻源和文章中了解更多关于睿创和我们的冒险经历

KUALA LUMPUR: Platform pendanaan masyarakat berbentuk ekuiti (ECF) pertama ASEAN, CrowdPlus.asia dilancarkan bagi menawarkan dana alternatif kepada syarikat pemula dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memula dan mengembangkan perniagaan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong, berkata pengenalan platform ECF itu mempamerkan kebolehan pantas Malaysia dalam mengguna pakai trend terkini ekonomi global.

“Malaysia adalah negara pertama di rantau ASEAN yang mempunyai kerangka berlandaskan undang-undang bagi pendanaan masyarakat untuk mengawal dan melindungi kepentingan pelabur dan syarikat.

“Kami percaya pendanaan masyarakat menawarkan pilihan berinovasi untuk mengumpul dana bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan,” katanya selepas melancarkan CrowdPlus.asia di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi CrowdPlus.asia, Teh Kim Seng; Ketua Pegawai Operasi CrowdPlus.asia, Bryan Chung; dan Timbalan Ketua Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Dr Nik Ramlah Mahmood.

CrowdPlus.asia adalah platform serantau yang menggunakan kaedah pelaburan modal teroka (venture capital) yang terbukti berkesan untuk syarikat pemula dan PKS bagi menjana dana daripada orang ramai yang kemudiannya akan memiliki ekuiti serta menjadi sebahagian daripada perkembangan syarikat berkenaan.

Pelaburan daripada pelabur runcit bermula serendah RM500 hingga RM5,000 bagi setiap syarikat. Bagi individu yang mempunyai nilai tinggi, mereka boleh melabur tanpa had.

Apa yang perlu dilakukan adalah, syarikat berkenaan perlu menghantar permohonan atas talian di www.crowdplus.asia seterusnya melalui proses saringan.

Apabila ia diluluskan, syarikat pemula atau PKS ini akan boleh mula menjana dana hingga RM3 juta dalam tempoh 12 bulan, diikuti dengan RM2 juta seterusnya dengan menggunakan platform berkenaan.

CrowdPlus.asia akan menawarkan satu alternatif baru bagi syarikat pemula dan PKS di Malaysia iaitu dengan merapatkan jurang antara modal teroka dengan kaedah kewangan yang lebih konvensional serta menggalakkan syarikat dari negara ASEAN untuk memulakan operasi di Malaysia dan mengumpul dana melalui platform CrowdPlus.asia.

Pendanaan masyarakat tradisional disasarkan mencapai nilai AS$30 bilion (RM131.19 bilion) di seluruh dunia tahun ini, dengan pasaran pendanaan itu dijangka berkembang hingga ke AS$90 bilion (RM393.58 bilion) menjelang 2025.

Sementara itu, Kim Seng, berkata platform itu ditubuhkan dengan tujuan untuk mewujudkan nilai tinggi untuk syarikat dan pelabur. “Platform ini akan hanya menyenaraikan syarikat berkualiti yang dipilih melalui proses saringan yang menggunakan pengalaman modal teroka yang berjaya agar dapat memberikan manfaat kepada pelabur.

“Ini akan mewujudkan hubungan menang-menang apabila sesuatu syarikat pemula atau PKS memperoleh dana yang diperlukan dan pada masa yang sama pelabur berpeluang meraih pulangan menarik daripada syarikat terbabit,” katanya.

Antara ciri unik CrowdPlus.asia ialah ia mempunyai satu kumpulan pelabur utama dan mentor yang digelar Pelabur Berkelayakan Sepadan (Qualified Matching Investor-QMI).

QMI adalah sekumpulan pelabur dan usahawan dari rantau ini yang berkelayakan serta mempunyai latar belakang perniagaan yang sudah terbukti di mana mereka akan bertindak sebagai mentor untuk syarikat penerima dana melalui CrowdPlus.asia.

“Ia akan membolehkan syarikat berkenaan belajar daripada pelabur berkenaan yang akan berkongsi pengalaman dan visi serta menyediakan rangkaian perniagaan. Kami percaya bahawa QMI akan membantu syarikat pemula atau PKS mencapai nilai yang lebih baik serta berkembang dengan lebih pantas,” katanya.

Source: http://www.bharian.com.my/node/96620, 13 Nov 2015

睿创 办事处

目前睿创在广州,香港和吉隆坡都设有事务所与办事处。

广州

408, Ruida Building, No. 39 Huangpu Avenue (West) Guangzhou, 510620 China
香港

701, 7/F, Tower 2, Silvercord, 30 Canton Road,Tsim Sha Tsui, Kowloon, Hong Kong
吉隆坡

B-3A-07, Plaza Mont’ Kiara, No. 2, Jalan Kiara, Mont’ Kiara 50480, Kuala Lumpur, Malaysia
睿创 请发送电子邮件至ideas@netrove.com,并随时向我们提出您的想法或业务理念。
发邮箱联系    拨电话联系

想要了解Crowdplus, 东南亚第一股权众 筹平台?Share CrowdPlus banner

istanbul evden eve nakliyat Nakliyat firmaları istanbul ofis taşıma Depolama Ev taşıma buy instagram followers uk Evden eve nakliyat Türkiye'den Almanya'ya evden eve nakliyat Almanya'ya ev taşıma fiyatları Gebze Evden eve nakliyat buy instagram followers pornhub pornohub porn hub porno hub pornhup
Sweetie Fox baise et suce la bite de son tuteur najlepsze lizanie cipki filmy porno z lizanie mokrej pochwy